1.Cinta
Apa itu cinta?
Ramai yang menyangka cinta itu indah. Cinta itu
membuatkan kita lalai. Cinta itu membuatkan kita taksub. Cinta itu membuatkan
kita buta dan cinta itu juga merupakan perasaan yang ada di dalam hati kita
sejak azali.
Namun kita mestilah sedar akan cinta
yang sebenar-benarnya cinta. Cinta itu adalah cinta kepada Allah dan cinta
kepada manusia. Namun ramai antara kita mengagung-agungkan cinta kepada manusia
(cinta yang tidak kekal abadi). Tanpa kita sedari kita mulai sedar akan kelalaian
kita. Kita lalai kerana orang yang kita cintai itu mencintai kita. Tapi adakah
lelaki atau wanita yang mencintai kita itu menyayangi kita saja atau hanyalah
permainan kehidupan dengan mengatakan cinta dan mahukan sesuatu yang kita ada
untuk diberikan kepadanya.
Oleh itu, kita janganlah terlalu
asyik dengan cinta hingga lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah
SWT. Kita memegang banyak peranan.
Antaranya ialah peranan sebagai hamba Allah SWT, ibu, bapa, anak, kakak, adik,
abang, jiran, pemimpin, dan sebagainya.
Cinta kepada Allah adalah cinta yang
murni dan yang paling agung. Kita haruslah mengejar cinta Allah itu agar kita
dapat mengecapi bau syurga. Syurga itu indah dan ramai di antara kita mahu
menjejakkan kaki ke syurga. Tetapi adakah kita sedar. Adakah kita dekat dengan
Allah atau kita jauh daripada Allah? Dimanakah tahap kita dengan Allah adakah
yang paling hampir atau dekat atau jauh atau beribu-ribu batu jauhnya.
Adakah kita sedar akan keindahan
hidup di dunia yang penuh dengan keajaiban dan keagungan Allah SWT? Adakah kita
sedar itu? Ataupun kita hanya memandang dan membiarkan saja dia hilang. Itulah
kebiasaan kita, mengatakan ‘hi’ dan ‘bye’. Oleh itu, kita sepatutnya menghayati
keindahan yang diciptakan oleh Allah SWT. Seperti mana kita diciptakan oleh
Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan