Selasa, 7 Jun 2016

Cinta



1.Cinta

 Apa itu cinta?

Ramai yang menyangka cinta itu indah. Cinta itu membuatkan kita lalai. Cinta itu membuatkan kita taksub. Cinta itu membuatkan kita buta dan cinta itu juga merupakan perasaan yang ada di dalam hati kita sejak azali.

            Namun kita mestilah sedar akan cinta yang sebenar-benarnya cinta. Cinta itu adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia. Namun ramai antara kita mengagung-agungkan cinta kepada manusia (cinta yang tidak kekal abadi). Tanpa kita sedari kita mulai sedar akan kelalaian kita. Kita lalai kerana orang yang kita cintai itu mencintai kita. Tapi adakah lelaki atau wanita yang mencintai kita itu menyayangi kita saja atau hanyalah permainan kehidupan dengan mengatakan cinta dan mahukan sesuatu yang kita ada untuk diberikan kepadanya.

            Oleh itu, kita janganlah terlalu asyik dengan cinta hingga lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT.  Kita memegang banyak peranan. Antaranya ialah peranan sebagai hamba Allah SWT, ibu, bapa, anak, kakak, adik, abang, jiran, pemimpin, dan sebagainya.

            Cinta kepada Allah adalah cinta yang murni dan yang paling agung. Kita haruslah mengejar cinta Allah itu agar kita dapat mengecapi bau syurga. Syurga itu indah dan ramai di antara kita mahu menjejakkan kaki ke syurga. Tetapi adakah kita sedar. Adakah kita dekat dengan Allah atau kita jauh daripada Allah? Dimanakah tahap kita dengan Allah adakah yang paling hampir atau dekat atau jauh atau beribu-ribu batu jauhnya.

            Adakah kita sedar akan keindahan hidup di dunia yang penuh dengan keajaiban dan keagungan Allah SWT? Adakah kita sedar itu? Ataupun kita hanya memandang dan membiarkan saja dia hilang. Itulah kebiasaan kita, mengatakan ‘hi’ dan ‘bye’. Oleh itu, kita sepatutnya menghayati keindahan yang diciptakan oleh Allah SWT. Seperti mana kita diciptakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian.