Khamis, 24 Mac 2016

Eh, engkau?

Bab 1

Kereta Wira yang di bawa  Amira di langgar oleh sebuah kereta Myvi yang baru masuk ke dalam jalan yang sehala itu. Bunyi detuman kuat mengamit ke dalam telinganya. Mata masih terpejam rapat. ‘Apa yang berlaku? Adakah hari ini adalah hari terakhirku? Takkanlah? Aku tak kahwin lagi kut. Duit pun tak cukup lagi untuk kahwin. Arghh!!!’ bisik hati Amira. Bunyi seseorang mengetuk tingkap keretanya berkali-kali menyedarkannya ke dunia nyata. Mata terus di buka laju.

            “Huh! Aku masih hidup! Alhamdulillah...” dia meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Baru dia tersedar apa yang berlaku dan terus memandang ke arah tingkap keretanya. Lelaki. ‘Cih! Muka aje smart tapi langgar kereta aku. Hisy... geram hati aku. Ya Allah! Kereta aku.’ Bisik hatinya. Dia membuka pintu kereta dan keluar. Dia melihat sepintas lalu sahaja lelaki di hadapannya dan terus melangkah ke bontot keretanya. Matanya bulat memandang keretanya yang remuk.

            “Ya Allah! Kereta aku!” rintihnya. Dia memandang ke kereta Myvi itu, ada sedikit remuk di hadapan keretanya. Tapi... ‘ Apa aku nak buat? Dahlah ni kereta ayah aku. Macam mana ni. Arghhh!! Mamat ni lah ni punya pasal. Hisy... geram aku. Kalau tak ada dia pasti tak jadi macam ni. Dasar lelaki tak guna!’ Bisik hatinya.

            Dia memandang ke arah lelaki itu. “Kau! Kau kena bayar apa yang kau dah buat ni! Kau tahu tak ni kereta ayah aku. Ngok! Kenapalah aku jumpa kau kat sini. Hisy... habis kereta ayah aku. Remuk! Kau tahu tak remuk?!” Kata Amira.

            Lelaki itu memandang Amira tajam. “Eh, aku pulak. Dahlah bawak slow. Ada hati nak suruh aku bayar. Huh! Alah... setakat Wira je kut apalah yang mahal sangat nak kena repair. Aku yang kereta Myvi lagi banyak tau kena repair. Huh! Dahlah menyemak kat depan jalan aku. Cih! Dasar perempuan tak sedar diri! Ada hati nak suruh aku bayar. Huh! Orang miskin macam ni lah.” Kata lelaki itu bertubi-tubi bagaikan melemparkan beribu-ribu das peluru kepada Amira.

            Amira tergamam. ‘Orang miskin! Cih!’ bisik hatinya marah. Tanpa Amira sedari dia tertampar lelaki itu. Pang!!  Lelaki itu ke belakang sedikit apabila dia merasa sakit di tampar oleh perempuan itu. Pipi kiri lelaki itu sudah merah akibat daripada mendapat tamparan sulung daripada Amira. Lelaki itu berpaling. Matanya tajam.

            “Kau jangan ingat kau kaya. Kau boleh buat apa sajalah. Kau ingat orang miskin ni tak boleh hidup ke hah?! Dasar lelaki tak sedar diri. Huh!” marah Amira lalu masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi daripada situ. Di dalam kereta Amira memarahi lelaki itu. “Dasar lelaki tak guna! Sampai mampus aku tak nak jumpa kau lagi!” marah Amira.

            Lelaki tadi yang melihat perempuan itu pergi begitu saja menyepak tayar keretanya. Kakinya terasa sakit lalu di pegang. “Dasar perempuan tak guna! Miskin!” marah lelaki itu.

            **************************************************

            “Ya Allah. Apa dah berlaku ni? Habis remuk kereta ayah. Macam mana boleh berlaku ni? Hisy! Ni pasti berlumba lagi ni kan?! Tu lah ayah kata jangan berlumba, berlumba jugak. Macam mana ni.” Tanya Encik Roslan kepada anak perempuannya. Kereta Wiranya di pandang sayu. ‘Kereta aku. Ya Allah..’ bisik hati Encik Roslan.

            Amira hanya diam. Dia tunduk. ‘Hisy! Kalau aku tak jumpa mamat gila bin sewel bin tolol ubi tu pasti semua ni tak jadi macam ni. Arghhh!! Lelaki bawa sial. Huh! Memang lelaki tak guna. Dahlah kata aku miskin. Dia ingat dia tu siapa! Anak raja! Cih! Memang sah-sah kau tu hanya orang biasa tapi berlagak macam anak raja Johor. Menyapah!’ marah Amira di dalam hati.

            “Dah. Dahlah tu tengok kereta. Jom, masuk dalam rumah.  Kereta tu nanti repairlah kat kedai depan rumah kita ni. Tak payah risau lah.” Kata Puan Maimunah yang daripada tadi melihat mereka berdua yang duduk bertenggek di kereta itu daripada tadi. Encik Roslan dan Amira akur lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Nak buat macam mana lagipun nasi dah jadi bubur. Hmmm..

            *********************************************

            “Eh, bos. Apa dah jadi ni? Siapa yang buat dengan kereta kesayangan bos ni, bos? Habis remuk! Huh! Memang power ar.. hihihi..” tanya Amri kepada bosnya, Ikram. Dia pelik melihat kereta Myvi kesayangan bosnya remuk. ‘Aku rasa dah 5 tahun dah bos pakai kereta ni. Siap marah lagi kalau ada orang sentuh kereta dia. Kalau sentuh terus kena buang kerja. Tapi... tak ada lah sampai jadi macam ni. Hancur? Tak adalah. Cuma remuk je. Tapi remuk macam tu memang tak boleh percaya. Kereta kesayangan tu, boh!’ bisik hati kecil Amri.

            Ikram memandang PA-nya itu. Tajam. Amri tiba-tiba senyap dan mula mengeletar. ‘Tengah marahkah?’ bisik hati Amri. Dia menelan liur. Hidupnya tidak aman. Mungkin dalam masa tak sampai 1 jam dia sudah di ngap oleh bosnya yang bagaikan harimau yang kelaparan ni. Mungkin dia belum makan. Hahaha...

            “Kau tanya aku apa yang dah jadi?! Hoi! Ingat sikit tau, kau tu hanya PA aku tau. Aku tegaskan PA! Jadi jangan nak tanya aku macam-macamlah! Kau ingat kau siapa? Hah?!” marah Ikram. ‘Kalau tak di sebabkan perempuan tak guna tu pasti kereta kesayangan aku ni tak jadi macam ni. Dasar perempuan kolot!’ marah hati kecil Ikram.

            “Ya, bos. Saya tahu. I am your PA.” Amri takut melihat bosnya yang sedang marah itu. Dia tunduk. ‘Bos aku ni marah je setiap hari. Period ke apa?’

            “Huh! Baguslah kalau dah tahu tak payah aku tegaskan setiap hari. Hah! Apa sebab kau panggil aku datang office hah?!”

            “Ayah bos nak jumpa bos. Dia kata ada hal penting nak beritahu bos. Tak tahulah apa yang dia nak bagi tahu tu.”

            ‘Jumpa aku? Hal penting? Tak pernah pun dia datang sini. Last-last datang sini hanya nak bagi tahu hal penting kepala bapak dia tu. Cih! Macamlah aku layan. Dahlah duakan mak aku. Huh!’ bisik Ikram.

            “Oo... dah tu ayah aku kat mana?”

            “Dia tengah tunggu bos kat atas.”

            Ikram melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan diiringi oleh Amri. Baru sahaja kakinya sampai ke dalam biliknya, dia tergamam. Mak, Puan Ashirah dan isteri kedua ayahnya jugak ada di situ bersama dengan seorang lelaki yang paling dia benci. Izham! Dia adalah anak kepada mak keduaku hasil pernikahan antara ayah dan Puan Syamin. Dia adalah adik tiriku. Aku benci dia! Semua yang dia lakukan semuanya ayah setuju tiada satu habuk pun ayah tak pernah setuju. Semua yang Izham minta semua di beri. Aku? Langsung tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Langsung!

            Ikram duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan ayahnya. Dia  membuat muka bosan dan angkuh. Dia  benci melihat ayahnya walaupun mukanya dan perwatakkannya ada seiras ayahnya, Encik Michael.

            “Apa hal penting yang kau nak bagitahu aku? Macam tak boleh tunggu esok je. Macamlah  kau mati esok. Huh!” kata Ikram angkuh.

Puan Ashirah memandang tajam anak kandungnya itu. Dia menggelengkan kepala. Bilalah nak berubah? Hmm..

“Am.. tak baik cakap macam tu. Berdosa. Lembutlah sikit bila bercakap dengan ayah kamu. Kamu tahukan yang kamu tu anak ayah kamu bukannya anak mak seorang.” Kata Puan Ashirah.

Ikram mencebik.

“Whatever. Hmm... Amri, can you get out from this room. This is my family problem cases. Get out.” Kata Ikram.

“Yes, bos.” Kata Amri lalu berlalu keluar daripada bilik itu. ‘Hmm.. family case. Nak buat camne? Blah jelah. Hmm..’ bisik hati Amri.

“Okay. You can talk to the point, why you came here? And what the important things do you want to tell me? Hah?” tanya Ikram.

Encik Michael berdehem dan mula bersuara.

“I just want to tell you about Izham. Iz akan kerja di sini dan Am akan di turunkan pangkat. So, Iz akan jadi CEO. Lagipun... Am tak sesuai untuk jadi CEO in this company. You know what I mind? Hmm... lagipun you too much egois and tak ada kelayakkan dalam memegang apa-apa kerusi dalam syarikat ni. For your information, I not your father anymore. You can get out from Michael family. Just leave and go away from my eyes. Lagipun you are not my son from today. Then, I want you to leave the house and whatever what took from me. You can get out from now!” kata Encik Michael.

Ikram terkejut dan mengepal penumbuknya. ‘Shit!! Just like this dia layan aku. Hah. Jahanam punya orang. Macamlah aku hadap sangat harta dia. Menyampah, beb! Aku boleh blah lah! Huh!’ bisik hati Ikram.

“Fine. I go. But.. jangan kau ingat aku akan duduk diam? Not. Aku akan musnahkan keluarga ni. Memang keluarga tak guna. Just like hell!” kata Ikram lalu berlalu pergi. ‘Ini apa yang aku dapat setelah bertahun-tahun aku uruskan syarikat ni? Memang jahanam punya orang! Cih!’ bisik hati Ikram.

Izham tersenyum sinis. ‘Akhirnya.. kau blah jugak. Hahaha..’ bisik Izham.

Puan Ashirah terkejut.

“Why? Why you told he that? Are you crazy? He your son!” kata Puan Ashirah.

“Not. He not my son. I don’t have a son like him.” Kata Encik Michael.

Puan Ashirah menggelengkan kepala. ‘Ya Allah, apa nak jadi dengan family aku ini? Ya Allah.’

Ikram yang berada di dalam kereta Myvinya menangis. ‘Aku betul-betul bernasib malang hari ini. Dahlah kena langgar dengan perempuan kolot tu. Kini. Dengan ayahku yang bodoh yang sanggup buang aku? Memang betul-betul dah gilakah?’

                        *******************************************

Amira menekan  keyboard   laptopnya  dengan  laju.  Tiba-tiba  peristiwa  petang tadi  mengamit   emosinya. Dia menghentak   keyboard laptop dan menjerit. “Arghh!!  Kalau  tak di sebabkan oleh  lelaki tak  guna tu  pasti  aku tak kena  keluarkan duit  aku  untuk  repair kereta ayah aku. Di  sebabkan lelaki bodoh tulah duit aku melayang.  Ya Allah,  harap-harap  aku tak  jumpa  lagi  dia tu. Dahlah  bongok!  Menyusahkan aku je pandai. Huh!”

‘Macamlah kau tak pernah  menyusahkan semua orang Cik Mira oii...  main pandai-pandai je kata lelaki tu  menyusahkan sedangkan  kau  pun dua kali  lima  je dengan dia tu. Huh! Menyapah pulak aku dengan kau ni.’  Bisik  hati Amira.

“Eh, aku  pulak  kena? Bila  masa aku  dan  lelaki  tu dua kali lima, hah?! Aku  mana  sama  dengan  lelaki tu.  Lelaki tu  lelaki,  aku  perempuan, ngok!”

‘Whateverlah  malas  aku  layan dengan  kau  ni.  Baik aku  tidur  lagi  baik.’

“Dah tu  pi  lah tidur.  Sibuk!”

Suasana  senyap  untuk 2.3  saat  dan  kembali  normal. “Aku? Dua  kali lima dengan lelaki itu? Kenapa ea? Tapi...  lelaki  tadi  memang handsome dan menyapah! Sampah  betullah  dia tu. Huh!”

“Apa  yang  kau  cakap sorang-sorang  tu  cik  adik?”  tanya  Syira.  ‘Daripada  tadi  cakap sorang-sorang macamlah  ada  orang  kat  depan tu. Atau... takkanlah kut? Amira dah  ada  kekasih ke?’ bisik  hati Syira.

Amira  yang  terkejut  apabila  di sergah  mengurut-ngurutkan dadanya.  “Kau  nikan...memang  tak  boleh  bagi  salam  dulu ke?”

“Eh. Eh. Sorry...  Assalammualaikum. Hmm,  Mira  kenapa  dengan  kau ni?  Daripada  tadi  aku  tengok kau cakap  sorang-sorang  ni, hah?  Kenapa  dengan  kau?  Kau  gila ea?”

“Waalaikummusalam. Eh, kurang  asam  punya  budak  kata aku  gila.  Dah  kau  tu  apa?  Kawan kepada  orang gila?”

Syira  tersengih. “Lagipun  aku tengok  daripada tadi  cakap  sorang-sorang. Kut-kut  kau  ni  dah  tercabut  wayar  ke ape.  Takut  jugak aku.  Dahlah  satu pejabat.”

“Kau  nikan.  Tak  adalah aku nak  tercabut  wayar  ke  apa.  Cuma  tadi  aku  accident.  Ada  ke  patut  sorang  mamat  ni  kata  aku  ni miskin.  Aku  taulah  aku  miskin  tak  yahlah  nak  kata tapi  yang  tak  boleh  blahnya...  dia  ingat  dia  siapa? Anak  Raja Johor? Berlagak gila kut. Melebih-lebih! Tahulah anak orang kaya tapi  bukannya  harta  tu  boleh  bawak  mati pun, kan?”

“Hmm..memanglah. Dah  tu,  kau  okey  tak  ni? Tengok  macam  tak  okay je.”

“Memang  tak  okay pun.”

“Tarik nafas  panjang-panjang, Mira.  Lepas tu  hembus. Mungkin  lelaki  tu  sedang  ada  masalah  ke  sebab tulah  dia  pergi tempias  kat  kau  tu.”

“Eh, aku  pulak?  Kalau  tempias pun  agak-agak lah wei.  Sakit  hati aku, doe.”

“Dah. Dahlah,  aku  rasa  lebih  baik  kau  buat  kerja  daripada  fikir  pasal  dia  tu.  Membuang masa je.”

“Memang  membuang  masa  aku pun!  Dahlah. Kau tu  tak  ada  kerja ke?  Menyemak kat  sini  apa hal?”

“Eh,  aku  pulak  yang  kena?  Dahlah,  aku blah lu.” Kata Syira  lalu  berlalu  pergi.

‘Tempias? Tempiaslah sangat!’ bisik  hati Amira.

*******************************************

“Apa  aku nak  buat ni?  Dahlah  pangkat  aku  dah  kena ambik. Apa  aku  nak  buat  ni?  Takkanlah  aku  nak pi  kerja  kat  warung  kut?  Tak  naklah aku!”  kata  Ikram  yang  berada  di  sofa.  Dia  mengambil  air  millo  yang  dia  buat  tadi  di  atas  meja  dan menghirupnya.

“Sedap  jugak  aku buat.” Huh!  Perasan!

Ikram  meletakkan  semula  mugnya  dan  mula  memikirkan  kehidupan   yang  seterusnya yang  harus dia  buat.  “Takkanlah  aku  nak  balas  dendam   dekat  keluarga aku kut?  Tapi aku  betul-betul  menyapah  dengan  Iz  tak  guna  tu.  Tapi... hmm,  biarkan  saja lah  dia  orang tu lebih  baik aku teruskan  hidup  aku.  Macam  lah  aku  tak  boleh  hidup tanpa  harta  bapak  aku  tu. Huh!”