Bab 1
Kereta Wira yang di bawa Amira di
langgar oleh sebuah kereta Myvi yang baru masuk ke dalam jalan yang sehala itu.
Bunyi detuman kuat mengamit ke dalam telinganya. Mata masih terpejam rapat.
‘Apa yang berlaku? Adakah hari ini adalah hari terakhirku? Takkanlah? Aku tak
kahwin lagi kut. Duit pun tak cukup lagi untuk kahwin. Arghh!!!’ bisik hati
Amira. Bunyi seseorang mengetuk tingkap keretanya berkali-kali menyedarkannya
ke dunia nyata. Mata terus di buka laju.
“Huh! Aku masih hidup!
Alhamdulillah...” dia meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Baru dia
tersedar apa yang berlaku dan terus memandang ke arah tingkap keretanya.
Lelaki. ‘Cih! Muka aje smart tapi langgar kereta aku. Hisy... geram hati aku.
Ya Allah! Kereta aku.’ Bisik hatinya. Dia membuka pintu kereta dan keluar. Dia
melihat sepintas lalu sahaja lelaki di hadapannya dan terus melangkah ke bontot
keretanya. Matanya bulat memandang keretanya yang remuk.
“Ya Allah! Kereta aku!”
rintihnya. Dia memandang ke kereta Myvi itu, ada sedikit remuk di hadapan
keretanya. Tapi... ‘ Apa aku nak buat? Dahlah ni kereta ayah aku. Macam mana
ni. Arghhh!! Mamat ni lah ni punya pasal. Hisy... geram aku. Kalau tak ada dia
pasti tak jadi macam ni. Dasar lelaki tak guna!’ Bisik hatinya.
Dia memandang ke arah
lelaki itu. “Kau! Kau kena bayar apa yang kau dah buat ni! Kau tahu tak ni
kereta ayah aku. Ngok! Kenapalah aku jumpa kau kat sini. Hisy... habis kereta
ayah aku. Remuk! Kau tahu tak remuk?!” Kata Amira.
Lelaki itu memandang Amira
tajam. “Eh, aku pulak. Dahlah bawak slow. Ada hati nak suruh aku bayar. Huh!
Alah... setakat Wira je kut apalah yang mahal sangat nak kena repair. Aku yang
kereta Myvi lagi banyak tau kena repair. Huh! Dahlah menyemak kat depan jalan
aku. Cih! Dasar perempuan tak sedar diri! Ada hati nak suruh aku bayar. Huh!
Orang miskin macam ni lah.” Kata lelaki itu bertubi-tubi bagaikan melemparkan
beribu-ribu das peluru kepada Amira.
Amira tergamam. ‘Orang
miskin! Cih!’ bisik hatinya marah. Tanpa Amira sedari dia tertampar lelaki itu.
Pang!! Lelaki itu ke belakang sedikit
apabila dia merasa sakit di tampar oleh perempuan itu. Pipi kiri lelaki itu
sudah merah akibat daripada mendapat tamparan sulung daripada Amira. Lelaki itu
berpaling. Matanya tajam.
“Kau jangan ingat kau
kaya. Kau boleh buat apa sajalah. Kau ingat orang miskin ni tak boleh hidup ke
hah?! Dasar lelaki tak sedar diri. Huh!” marah Amira lalu masuk ke dalam kereta
dan berlalu pergi daripada situ. Di dalam kereta Amira memarahi lelaki itu.
“Dasar lelaki tak guna! Sampai mampus aku tak nak jumpa kau lagi!” marah Amira.
Lelaki tadi yang melihat
perempuan itu pergi begitu saja menyepak tayar keretanya. Kakinya terasa sakit
lalu di pegang. “Dasar perempuan tak guna! Miskin!” marah lelaki itu.
**************************************************
“Ya Allah. Apa dah berlaku
ni? Habis remuk kereta ayah. Macam mana boleh berlaku ni? Hisy! Ni pasti
berlumba lagi ni kan?! Tu lah ayah kata jangan berlumba, berlumba jugak. Macam
mana ni.” Tanya Encik Roslan kepada anak perempuannya. Kereta Wiranya di
pandang sayu. ‘Kereta aku. Ya Allah..’ bisik hati Encik Roslan.
Amira hanya diam. Dia
tunduk. ‘Hisy! Kalau aku tak jumpa mamat gila bin sewel bin tolol ubi tu pasti
semua ni tak jadi macam ni. Arghhh!! Lelaki bawa sial. Huh! Memang lelaki tak
guna. Dahlah kata aku miskin. Dia ingat dia tu siapa! Anak raja! Cih! Memang
sah-sah kau tu hanya orang biasa tapi berlagak macam anak raja Johor.
Menyapah!’ marah Amira di dalam hati.
“Dah. Dahlah tu tengok
kereta. Jom, masuk dalam rumah. Kereta
tu nanti repairlah kat kedai depan rumah kita ni. Tak payah risau lah.” Kata
Puan Maimunah yang daripada tadi melihat mereka berdua yang duduk bertenggek di
kereta itu daripada tadi. Encik Roslan dan Amira akur lalu melangkah masuk ke
dalam rumah. Nak buat macam mana lagipun nasi dah jadi bubur. Hmmm..
*********************************************
“Eh, bos. Apa dah jadi ni?
Siapa yang buat dengan kereta kesayangan bos ni, bos? Habis remuk! Huh! Memang
power ar.. hihihi..” tanya Amri kepada bosnya, Ikram. Dia pelik melihat kereta
Myvi kesayangan bosnya remuk. ‘Aku rasa dah 5 tahun dah bos pakai kereta ni.
Siap marah lagi kalau ada orang sentuh kereta dia. Kalau sentuh terus kena
buang kerja. Tapi... tak ada lah sampai jadi macam ni. Hancur? Tak adalah. Cuma
remuk je. Tapi remuk macam tu memang tak boleh percaya. Kereta kesayangan tu,
boh!’ bisik hati kecil Amri.
Ikram memandang PA-nya
itu. Tajam. Amri tiba-tiba senyap dan mula mengeletar. ‘Tengah marahkah?’ bisik
hati Amri. Dia menelan liur. Hidupnya tidak aman. Mungkin dalam masa tak sampai
1 jam dia sudah di ngap oleh bosnya yang bagaikan harimau yang kelaparan ni.
Mungkin dia belum makan. Hahaha...
“Kau tanya aku apa yang
dah jadi?! Hoi! Ingat sikit tau, kau tu hanya PA aku tau. Aku tegaskan PA! Jadi
jangan nak tanya aku macam-macamlah! Kau ingat kau siapa? Hah?!” marah Ikram.
‘Kalau tak di sebabkan perempuan tak guna tu pasti kereta kesayangan aku ni tak
jadi macam ni. Dasar perempuan kolot!’ marah hati kecil Ikram.
“Ya, bos. Saya tahu. I am
your PA.” Amri takut melihat bosnya yang sedang marah itu. Dia tunduk. ‘Bos aku
ni marah je setiap hari. Period ke apa?’
“Huh! Baguslah kalau dah
tahu tak payah aku tegaskan setiap hari. Hah! Apa sebab kau panggil aku datang
office hah?!”
“Ayah bos nak jumpa bos.
Dia kata ada hal penting nak beritahu bos. Tak tahulah apa yang dia nak bagi
tahu tu.”
‘Jumpa aku? Hal penting?
Tak pernah pun dia datang sini. Last-last datang sini hanya nak bagi tahu hal
penting kepala bapak dia tu. Cih! Macamlah aku layan. Dahlah duakan mak aku.
Huh!’ bisik Ikram.
“Oo... dah tu ayah aku kat
mana?”
“Dia tengah tunggu bos kat
atas.”
Ikram melangkah masuk ke
dalam pejabatnya dengan diiringi oleh Amri. Baru sahaja kakinya sampai ke dalam
biliknya, dia tergamam. Mak, Puan Ashirah dan isteri kedua ayahnya jugak ada di
situ bersama dengan seorang lelaki yang paling dia benci. Izham! Dia adalah
anak kepada mak keduaku hasil pernikahan antara ayah dan Puan Syamin. Dia
adalah adik tiriku. Aku benci dia! Semua yang dia lakukan semuanya ayah setuju
tiada satu habuk pun ayah tak pernah setuju. Semua yang Izham minta semua di
beri. Aku? Langsung tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Langsung!
Ikram duduk di atas kerusi
yang bertentangan dengan ayahnya. Dia
membuat muka bosan dan angkuh. Dia
benci melihat ayahnya walaupun mukanya dan perwatakkannya ada seiras
ayahnya, Encik Michael.
“Apa hal penting yang kau
nak bagitahu aku? Macam tak boleh tunggu esok je. Macamlah kau mati esok. Huh!” kata Ikram angkuh.
Puan Ashirah memandang tajam anak kandungnya itu. Dia
menggelengkan kepala. Bilalah nak berubah? Hmm..
“Am.. tak baik cakap macam tu. Berdosa. Lembutlah sikit
bila bercakap dengan ayah kamu. Kamu tahukan yang kamu tu anak ayah kamu
bukannya anak mak seorang.” Kata Puan Ashirah.
Ikram mencebik.
“Whatever. Hmm... Amri, can you get out from this room.
This is my family problem cases. Get out.” Kata Ikram.
“Yes, bos.” Kata Amri lalu berlalu keluar daripada bilik
itu. ‘Hmm.. family case. Nak buat camne? Blah jelah. Hmm..’ bisik hati Amri.
“Okay. You can talk to the point, why you came here? And
what the important things do you want to tell me? Hah?” tanya Ikram.
Encik Michael berdehem dan mula bersuara.
“I just want to tell you about Izham. Iz akan kerja di
sini dan Am akan di turunkan pangkat. So, Iz akan jadi CEO. Lagipun... Am tak
sesuai untuk jadi CEO in this company. You know what I mind? Hmm... lagipun you
too much egois and tak ada kelayakkan dalam memegang apa-apa kerusi dalam
syarikat ni. For your information, I not your father anymore. You can get out
from Michael family. Just leave and go away from my eyes. Lagipun you are not
my son from today. Then, I want you to leave the house and whatever what took
from me. You can get out from now!” kata Encik Michael.
Ikram terkejut dan mengepal penumbuknya. ‘Shit!! Just
like this dia layan aku. Hah. Jahanam punya orang. Macamlah aku hadap sangat
harta dia. Menyampah, beb! Aku boleh blah lah! Huh!’ bisik hati Ikram.
“Fine. I go. But.. jangan kau ingat aku akan duduk diam?
Not. Aku akan musnahkan keluarga ni. Memang keluarga tak guna. Just like hell!”
kata Ikram lalu berlalu pergi. ‘Ini apa yang aku dapat setelah bertahun-tahun
aku uruskan syarikat ni? Memang jahanam punya orang! Cih!’ bisik hati Ikram.
Izham tersenyum sinis. ‘Akhirnya.. kau blah jugak.
Hahaha..’ bisik Izham.
Puan Ashirah terkejut.
“Why? Why you told he that? Are you crazy? He your son!”
kata Puan Ashirah.
“Not. He not my son. I don’t have a son like him.” Kata
Encik Michael.
Puan Ashirah menggelengkan kepala. ‘Ya Allah, apa nak
jadi dengan family aku ini? Ya Allah.’
Ikram yang berada di dalam kereta Myvinya menangis. ‘Aku
betul-betul bernasib malang hari ini. Dahlah kena langgar dengan perempuan
kolot tu. Kini. Dengan ayahku yang bodoh yang sanggup buang aku? Memang
betul-betul dah gilakah?’
*******************************************
Amira menekan
keyboard laptopnya dengan
laju. Tiba-tiba peristiwa
petang tadi mengamit emosinya. Dia menghentak keyboard laptop dan menjerit. “Arghh!! Kalau
tak di sebabkan oleh lelaki
tak guna tu pasti
aku tak kena keluarkan duit aku
untuk repair kereta ayah aku.
Di sebabkan lelaki bodoh tulah duit aku
melayang. Ya Allah, harap-harap
aku tak jumpa lagi
dia tu. Dahlah bongok! Menyusahkan aku je pandai. Huh!”
‘Macamlah kau tak pernah
menyusahkan semua orang Cik Mira oii...
main pandai-pandai je kata lelaki tu
menyusahkan sedangkan kau pun dua kali
lima je dengan dia tu. Huh!
Menyapah pulak aku dengan kau ni.’
Bisik hati Amira.
“Eh, aku
pulak kena? Bila masa aku
dan lelaki tu dua kali lima, hah?! Aku mana
sama dengan lelaki tu.
Lelaki tu lelaki, aku
perempuan, ngok!”
‘Whateverlah
malas aku layan dengan
kau ni. Baik aku
tidur lagi baik.’
“Dah tu pi lah tidur.
Sibuk!”
Suasana
senyap untuk 2.3 saat
dan kembali normal. “Aku? Dua kali lima dengan lelaki itu? Kenapa ea?
Tapi... lelaki tadi
memang handsome dan menyapah! Sampah
betullah dia tu. Huh!”
“Apa yang kau
cakap sorang-sorang tu cik
adik?” tanya Syira.
‘Daripada tadi cakap sorang-sorang macamlah ada
orang kat depan tu. Atau... takkanlah kut? Amira
dah ada
kekasih ke?’ bisik hati Syira.
Amira yang terkejut
apabila di sergah mengurut-ngurutkan dadanya. “Kau
nikan...memang tak boleh
bagi salam dulu ke?”
“Eh. Eh. Sorry...
Assalammualaikum. Hmm, Mira kenapa
dengan kau ni? Daripada
tadi aku tengok kau cakap sorang-sorang
ni, hah? Kenapa dengan
kau? Kau gila ea?”
“Waalaikummusalam. Eh, kurang asam
punya budak kata aku
gila. Dah kau
tu apa? Kawan kepada
orang gila?”
Syira tersengih.
“Lagipun aku tengok daripada tadi
cakap sorang-sorang. Kut-kut kau
ni dah tercabut
wayar ke ape. Takut
jugak aku. Dahlah satu pejabat.”
“Kau nikan. Tak
adalah aku nak tercabut wayar
ke apa. Cuma tadi
aku accident. Ada
ke patut sorang
mamat ni kata
aku ni miskin. Aku
taulah aku miskin
tak yahlah nak
kata tapi yang tak
boleh blahnya... dia
ingat dia siapa? Anak
Raja Johor? Berlagak gila kut. Melebih-lebih! Tahulah anak orang kaya
tapi bukannya harta
tu boleh bawak
mati pun, kan?”
“Hmm..memanglah. Dah
tu, kau okey
tak ni? Tengok macam
tak okay je.”
“Memang tak okay pun.”
“Tarik nafas
panjang-panjang, Mira. Lepas
tu hembus. Mungkin lelaki
tu sedang ada
masalah ke sebab tulah
dia pergi tempias kat
kau tu.”
“Eh, aku
pulak? Kalau tempias pun
agak-agak lah wei. Sakit hati aku, doe.”
“Dah. Dahlah,
aku rasa lebih
baik kau buat
kerja daripada fikir
pasal dia tu.
Membuang masa je.”
“Memang
membuang masa aku pun!
Dahlah. Kau tu tak ada
kerja ke? Menyemak kat sini
apa hal?”
“Eh, aku pulak
yang kena? Dahlah,
aku blah lu.” Kata Syira
lalu berlalu pergi.
‘Tempias? Tempiaslah sangat!’ bisik hati Amira.
*******************************************
“Apa aku nak buat ni?
Dahlah pangkat aku
dah kena ambik. Apa aku
nak buat ni?
Takkanlah aku nak pi
kerja kat warung
kut? Tak naklah aku!”
kata Ikram yang
berada di sofa.
Dia mengambil air
millo yang dia
buat tadi di
atas meja dan menghirupnya.
“Sedap jugak aku buat.” Huh! Perasan!
Ikram
meletakkan semula mugnya
dan mula memikirkan
kehidupan yang seterusnya yang harus dia
buat. “Takkanlah aku
nak balas dendam
dekat keluarga aku kut? Tapi aku
betul-betul menyapah dengan
Iz tak guna
tu. Tapi... hmm, biarkan
saja lah dia orang tu lebih baik aku teruskan hidup
aku. Macam lah
aku tak boleh
hidup tanpa harta bapak
aku tu. Huh!”